Bajau terbahagi kepada dua kumpulan yang telah menetap di Pantai Barat dan Timur Sabah
sejak beberapa ratus tahun yang lepas dan diiktiraf sebagai penduduk
asli dan antara bumiputera terbesar di negeri Ѕabah dan sekitarnya.
Manakala di sebelah Pantai Barat pula, mereka dikenali sebagai Bajau
Samah. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai
barat di samping menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur Ѕabah sebagai
nelayan dan penyelam yang mahir.
Orang Bajau Samah Pantai Barat terkenal sebagai penunggang kuda, pembuatan parang dan menjadi pesawah[4]
serta penternak.Pada masa yang sama juga, masyarakat Bajau Pantai Timur
Sabah khasnya dari daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan
unik seperti “sea gypsies"[5], Panglima Dilaut, Pelaut dan Pelayar Terunggul.”
Orang Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Bajau Samah (Darat) yang menetap di daerah seperti Tuaran, Kota Belud dan Papar manakala Orang Bajau Laut pula menetap di daerah seperti Kota Marudu, Kudat, Pitas, Lahad Datu dan Semporna.Suku
bajau yang berada di semporna di pecahkan kepada pelbagai sub etnik.Dan
salah satu suku etnik asal yang berada di semporna adalah dari etnik
bajau Kubang@Kuvang.Oleh kerana etnik Kubang adalah Bajau yang terawal
di tongtalun oleh itu Pemimpin kubang mengklasifikasi diri mereka bahawa
Tiada kaitan secara langsung dengan Rumpun dari Filipina oleh kerana
mereka Mengatakan bahawa tidak pernah terikat dengan Pemerintahan
kesultanan Sulu dahulu yg pernah menaungi Semporna.Dan situasi ini pula
berbeza dengan Rumpun Bajau Yang lain seperti Bajau
Simunul,Ubian,Balangingi,Kagayan,Bannaran yang mana keberkaitan mereka
kepada rumpun Filipina Masih kuat apatah lagi semasa era pemerintahan
Kesultanan Sulu Dahulu.
Bajau Samah yang berasal dari daerah Kota Belud dan Tuaran pula
amat dikenali di seluruh dunia sebagai 'koboi Timur' kerana kemahiran
dan kecekapan mereka menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya. Selain
itu, mereka juga pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang dipercayai
diperturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau
Samah dan Iranun di Kota Belud. Pedang Samurai dari Kota Belud amat
tinggi mutunya dan senang diperolehi sehinggakan menjadi tarikan dan
cenderamata oleh para pelancong dari luar negara mahupun dalam negeri
yang singgah ke Kota Belud.
Parang kota belud |
Orang Bajau Samah Pantai Вarat adalah berlainan dengan Orang
Bajau Рantai Timur khususnya daerah Lahad Datu dan Semporna. Dari segi
pertuturan, pakaian tradisional, pemakanan, adat resam dan budaya hidup,
mereka adalah sangat berlainan. Masyarakat Bajau Samah Pantai Barat
banyak yang terlibat dalam pertanian sawah padi manakala masyarakat
Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut.
Orang Bajau samah (Darat) |
Orang Bajau (Laut) |